Pengertian Seni
a. Seni adalah Keindahan :
"Keindahan" adalah istilah konvensional yang terlalu sederhana untuk mengungkapkan kesadaran yang timbul dari pengalaman keharuan maknawi macam itu, pengalaman yang sebetulnya penuh nuansa rumit. Karenanya, kata "keindahan" itu sejak awal memang sulit dimengerti hanya sebagai "kualitas yang menyenangkan mata dan hati". Ia lebih kompleks dari sekadar struktur fisik yang bagus. Keindahan adalah keharuan tanpa alasan atas matahari, angin, bebauan, tanaman, atau hujan. Keindahan adalah awal dan akhir pemikiran imajinatif paling brilian. Keindahan adalah saat indera terbuka pada kaitan-kaitan halus terselubung antarsegala; saat imajinasi terbang tinggi tanpa kehilangan pijakan di bumi.
1. Kahlil Gibran, keindahan adalah sesuatu yang menarik jiwamu. Keindahan adalah cinta
"Keindahan" adalah istilah konvensional yang terlalu sederhana untuk mengungkapkan kesadaran yang timbul dari pengalaman keharuan maknawi macam itu, pengalaman yang sebetulnya penuh nuansa rumit. Karenanya, kata "keindahan" itu sejak awal memang sulit dimengerti hanya sebagai "kualitas yang menyenangkan mata dan hati". Ia lebih kompleks dari sekadar struktur fisik yang bagus. Keindahan adalah keharuan tanpa alasan atas matahari, angin, bebauan, tanaman, atau hujan. Keindahan adalah awal dan akhir pemikiran imajinatif paling brilian. Keindahan adalah saat indera terbuka pada kaitan-kaitan halus terselubung antarsegala; saat imajinasi terbang tinggi tanpa kehilangan pijakan di bumi.
1. Kahlil Gibran, keindahan adalah sesuatu yang menarik jiwamu. Keindahan adalah cinta
yang tidak memberi namun
menerima.
2. Schopenhauer, keindahan dalam arsitektur adalah
pernyataan kekuatan bahan bangunan
yang memperlihatkan perjuangan melawan gaya grafitasi
3. Imanuel Kant, keindahan ada dalam penderitaan yang membahagiakan
4. Baumgarten, keindahan adalah kesempurnaan yang ada pada alam
5. Aristoteles, keindahan terdapat dalam kesantaian
Keindahan adalah sesuatu yang menarik jiwamu. Keindahan adalah cinta yang tidak memberi namun menerima. Ketika engkau menemukan Keindahan, engkau akan merasakan tangan-tangan yang ada dalam jiwamu digerakkan untuk membawa keindahan ke dalam relung hatimu. Itulah keagungan yang merupakan perpaduan penderitaan dan kebahagian; yang tak terlihat yang bisa engkau lihat dan ketidakjelasan yang bisa engkau mengerti; dan kesunyian yang bisa engkau dengar - itulah tersuci dari yang tersuci yang bermula didalam dirimi sendiri dan berakhir dengan sangat luas melebihi imajinasi duniawimu. Keindahan adalah keselarasan antara sukacita dan dukacita yang bermula dari hati kita tersuci dari yang tersuci diluar wilayah imajinasi kita.
yang memperlihatkan perjuangan melawan gaya grafitasi
3. Imanuel Kant, keindahan ada dalam penderitaan yang membahagiakan
4. Baumgarten, keindahan adalah kesempurnaan yang ada pada alam
5. Aristoteles, keindahan terdapat dalam kesantaian
Keindahan adalah sesuatu yang menarik jiwamu. Keindahan adalah cinta yang tidak memberi namun menerima. Ketika engkau menemukan Keindahan, engkau akan merasakan tangan-tangan yang ada dalam jiwamu digerakkan untuk membawa keindahan ke dalam relung hatimu. Itulah keagungan yang merupakan perpaduan penderitaan dan kebahagian; yang tak terlihat yang bisa engkau lihat dan ketidakjelasan yang bisa engkau mengerti; dan kesunyian yang bisa engkau dengar - itulah tersuci dari yang tersuci yang bermula didalam dirimi sendiri dan berakhir dengan sangat luas melebihi imajinasi duniawimu. Keindahan adalah keselarasan antara sukacita dan dukacita yang bermula dari hati kita tersuci dari yang tersuci diluar wilayah imajinasi kita.
b. Seni adalah Ekspresi :
Seni adalah Ekspresi merupakan proses ungkapan emosi
atau perasaan di dalam proses penciptaan karya seni, proses ekspresi bisa
diaktualisasikan melalui media. Media musik bunyi; media seni rupa adalah
garis, bidang dan warna; media tari adalah gerak, media teaer adalah gerak,
suara dan lakon.
Manusia adalah makhluk sosial sekaligus
sebagai individu. Untuk itu manusia mempunyai kebutuhan untuk berkomunikasi
juga berekspresi untuk mengungkap perasaan, pendapat, tanggapan, sikap serta
pengalaman batinnya. Salah satu media untuk berkomunikasi dan berkreasi itu
adalah seni.
Kesenian
atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
- Seni Suara
- Seni Gerak
- Seni Rupa
- Permainan Tradisional
Menurut
Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik,
dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian
bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian
ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun
lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian
Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan
memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu
telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.
Seni Suara
Kesenian mengikut
definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang
menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.
Dalam seni suara
kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
- Seni VokalSeni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering
dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :
- Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang
Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala
ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk
keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.
- Nazam atau naban
Berasal daripada
Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan
riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang
tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.
- Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan
nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan
dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu
terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa
Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
- Lagu yang digabungkan dengan muzik
- Dikir
Dikir dikenali
dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir
berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.
- Hadrah
Sejenis nyanyian
yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak
rebana yang hampir sama dengan kompang.
- Beduan
Sejenis naynyian
rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai
persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.
- Dikir barat
Sejenis nyayian yang
terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.
- Ghazal
Sejenis puisi Arab
yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti
syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
- Seni Musik
Menurut Kamus Dewan Muzik
didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang
indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu
daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap
manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi
manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia
dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan
pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.
- Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat
terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :
- Tradisi tinggi (great tradition)
- Tradisi rendah (little tardition)
Kumpulan masyarakat
tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan
kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan
kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu
persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15
lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap
oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang
melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah
Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang
digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.
- Tradisi Muzik Rakyat
Disamping tradisi
tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat
biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik
diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat
itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat
muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada
bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit
binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang
berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam
persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat,
maulut dan lain-lain.
- Tradisi Muzik Melayu yang lain
Tradisi muzik melayu
yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman
praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat
muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai
jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga
merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit
mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi
dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab
Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik
melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang
mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan
canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik
paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini
berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.
SENI
GERAK
Seni
Gerak
Seni
gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur
keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata
dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.
Seni tari
Seorang
ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi
seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa
manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu
terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian
yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian
melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah
lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang
merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng ,
Serampang Laut dan Singapura Dua.
Seni
tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang
boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
- Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
- Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
- Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
- Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
Tarian
Asli
Tarian
ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu –
lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta
daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang ,
Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian
Asyik
Tarian
ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang
ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih ,
oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan
penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk
ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.
Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini
ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik
penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
Tarian
Ayam Didik
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian
Balai
Tarian
ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh
gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang
berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
Canggung
Kata
tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal
dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang
dunia kedua
Tarian
Siti Wau Bulan
Tarian
ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan
temasya dan permainan wau.
Tarian
Cinta Wayang
Tarian
ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan
bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan
sebelum turun ke laut.
Tarian
Dabus
Tarian
ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait
dengan kepahlwanan Sayidina Ali.
Tarian
Gambus
Tarian
ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah
dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri
Arab.
Tarian
Inai
Tarian
ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak
pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa
mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
Tarian
Joget
Tarian
ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial
serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
Tarian
Kuda Kepang
Tarian
ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri
kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa
cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.
Tarian
Mak Inang
Pada
zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada
hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
Tarian
Zapin
Tarian
ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik
seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.
DRAMA
TRADISIONAL
Drama Tradisional
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :
Main Puteri
Drama tradisinal ini
berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama ini
digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai
pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau
semangat jahat.
Makyung
Makyung ialah drama
tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual
memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri
Patani.
Menora
Menora ialah sejenis
drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam.
Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.
Wayang Kulit
Wayang kulit
merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis
seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya
wayang kulit yang masih kekal.
SENI
RUPA
Seni Rupa
Seni
rupa dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni
yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina
dan sebagainya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar